APA ITU MUNASAKHAT?

Apa maksud al-Munasakhat?

Munasakhat menurut istilah ulama faraid ialah meninggalnya sebahagian ahli waris sebelum pembahagian harta waris sehingga bahagiannya berpindah kepada ahli warisnya yang lain.

Tak Faham?
Mudahnya begini, Si A mati meninggalkan B,C,D,E. Akibat menangguh-nangguhkan agihan Faraid, B pula meninggal sebelum agihan faraid harta A diselesaikan. Maka harta si A akan pergi juga kepada waris B iaitu F,G,H,I. Demikian pula sekiranya menangguhkan lagi pemberian, ada pula ahli waris yang mati. Maka harta akan pergi lebih jauh berlapis. Ya belapis. Itulah kata kuncinya. Kematian berlapis. Boleh jadi juga disebabkan kematian serentak akibat dari kemalangan.

Masalah ke?
Ya, takut-takut ada waris yang terkurang/terlebih bahagian atau bukan waris termakan bahagian yang bukan haknya kerana kekeliruan. Bila keliru adalah yang nak bertumbuk bertikam. Minta jauh. Proses pentadbiran harta atau permohonan tuntutan harta juga akan mengambil masa yang lebih lama dari biasa akibat dari kematian berlapis ini.

Apa nak buat?
Jika berlaku kematian, selesaikan urusan jenazah, hutang-hutang si mati (manusia, Allah), wasiat dan terus buat plan agihan faraid. Sebaiknya malam meninggal si mati, waris-waris berkumpul bincang akan permohonan tuntutan ini. Jika tidak mengetahui proses tuntutan, lantik seorang peguam untuk menguruskannya.


*Gambar dibawah ini contoh carta nama  kematian berlapis. Harta kepunyaan si mati yang meninggal pada tahun 1939.


Setelah ditashihkan, bahagian terpecah menjadi 6120. Rumit bukan?



Comments

Popular posts from this blog

Rawatan Sonotron di Ipoh

SEMINAR FARAID @ HARTA PUSAKA ISLAM