Posts

Showing posts from January, 2018

DUA MATLAMAT ILMU FARAID

Image
Assalamualaikum, hari ini saya ingin kongsi berkaitan matlamat ilmu faraid. Menjadi tanda tanya, kenapa Islam sangat menitik beratkan berkaitan pembahagian secara faraid. Lihat ayat 11,12 dan 76 surah al-Nisa, betapa teperincinya Allah SWT menetapkan pembahagian harta melalui faraid. Apa matlamatnya? Matlamat ilmu faraid tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyelamatkan umat Islam daripada perbalahan ahli keluarga akibat kekeliruan dan tidak tahu menyelesaikan pembahagian harta orang mati. Cuba bayangkan jika tiada peraturan pembahagian harta? Gambar-gambar diatas ini adalah akibat daripada ketidak patuhan kepada hukum faraid yang telah ditetapkan dalam Islam. Selain mengelakkan pertikaian sesama waris, ilmu faraid bermatlamatkan menyelamatkan umat Islam daripada memakan harta secara batil iaitu harta ahli keluarga terdiri dari ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak, adik beradik yang berkemungkinan ada diantara mereka dari kumpulan anak-anak yatim. Begitu banyak ...

PENCERAIAN SECARA FASAKH

Image
Apa itu Fasakh? Fasakh ialah melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri setelah diminta cerai oleh isteri melalui pengadil (hakim). Fasakh hanya boleh dilakukan  oleh pihak yang berkuasa sahaja seperti hakim dan kadi apabila terdapat sebab tertentu seperti kehilangan suami tanpa diketahui keadaannya sama ada hidup atau mati ataupun salah seorang daripada suami atau isteri murtad dan sebagainya. Fasakh juga disebut sebagai pembubaran perkahwinan oleh Mahkamah. Apa beza Fasakh dengan Talak? Fasakh dengan talak adalah berbeza, fasakh ialah pembatalan akad daripada asas dan menghilangkan sifat halal yang menjadi kesan ke atasnya, manakala talak pula ialah menamatkan akad dan sifat halal masih kekal kecuali setelah talak ba’in (talak tiga). Fasakh berlaku sama ada dengan sebab hal-hal mendatang ke atas akad yang menafikan perkahwinan atau hal-hal yang berhubung kepada akad yang menyebabkan ia tidak lazim dari hukum asal, manakala talak pula ialah talak tid...

APA ITU MUNASAKHAT?

Image
Apa maksud al-Munasakhat? Munasakhat menurut istilah ulama faraid ialah meninggalnya sebahagian ahli waris sebelum pembahagian harta waris sehingga bahagiannya berpindah kepada ahli warisnya yang lain. Tak Faham? Mudahnya begini, Si A mati meninggalkan B,C,D,E. Akibat menangguh-nangguhkan agihan Faraid, B pula meninggal sebelum agihan faraid harta A diselesaikan. Maka harta si A akan pergi juga kepada waris B iaitu F,G,H,I. Demikian pula sekiranya menangguhkan lagi pemberian, ada pula ahli waris yang mati. Maka harta akan pergi lebih jauh berlapis. Ya belapis. Itulah kata kuncinya. Kematian berlapis. Boleh jadi juga disebabkan kematian serentak akibat dari kemalangan. Masalah ke? Ya, takut-takut ada waris yang terkurang/terlebih bahagian atau bukan waris termakan bahagian yang bukan haknya kerana kekeliruan. Bila keliru adalah yang nak bertumbuk bertikam. Minta jauh. Proses pentadbiran harta atau permohonan tuntutan harta juga akan mengambil masa yang lebih lama dari ...