Posts

Showing posts from October, 2018

KAITAN FARAID DAN HARTA SEPENCARIAN

Image
BAHAGIAN ISTERI-ISTERI SAMARATA DALAM PEMBAHAGIAN PUSAKA? Ada orang mengajukan soalan..apakah benar bahagian isteri 1/4 (jika simati tiada anak) dan 1/8 (jika simati ada anak) dalam pusaka? Jika benar...Apakah tetap sama bahagiannya jika si mati berkahwin lebih daripada seorang? . . . Ya...Tetap sama dan bahagian 1/4 @ 1/8 tersebut dikongsi secara samarata oleh isteri-isteri. . . . Tapi bagaimana kalau isteri pertama itu telah berkahwin lebih daripada 20 tahun. Manakala isteri kedua baru sahaja menikah tidak sampai setahun? Adakah tetap sama? . . . Ya.. tetap sama..... . . . Tetapi kasihanlah isteri pertama..dia dah kahwin lama...dia sepatutnya dapat banyak.........ke macam mana? . . . Begini..... Dalam perundangan Islam di Malaysia, Isteri boleh menuntut harta sepencarian.. . . . Apa maksud harta sepencarian? . . . Secara ringkasnya, pasangan boleh menuntut di Mahkamah Syariah ;- 1. Apa-apa aset yang diperolehi oleh pasangan dalam masa perkahwinan ...