Posts

KAITAN FARAID DAN HARTA SEPENCARIAN

Image
BAHAGIAN ISTERI-ISTERI SAMARATA DALAM PEMBAHAGIAN PUSAKA? Ada orang mengajukan soalan..apakah benar bahagian isteri 1/4 (jika simati tiada anak) dan 1/8 (jika simati ada anak) dalam pusaka? Jika benar...Apakah tetap sama bahagiannya jika si mati berkahwin lebih daripada seorang? . . . Ya...Tetap sama dan bahagian 1/4 @ 1/8 tersebut dikongsi secara samarata oleh isteri-isteri. . . . Tapi bagaimana kalau isteri pertama itu telah berkahwin lebih daripada 20 tahun. Manakala isteri kedua baru sahaja menikah tidak sampai setahun? Adakah tetap sama? . . . Ya.. tetap sama..... . . . Tetapi kasihanlah isteri pertama..dia dah kahwin lama...dia sepatutnya dapat banyak.........ke macam mana? . . . Begini..... Dalam perundangan Islam di Malaysia, Isteri boleh menuntut harta sepencarian.. . . . Apa maksud harta sepencarian? . . . Secara ringkasnya, pasangan boleh menuntut di Mahkamah Syariah ;- 1. Apa-apa aset yang diperolehi oleh pasangan dalam masa perkahwinan ...

SEMINAR FARAID @ HARTA PUSAKA ISLAM

ASAS ILMU FARAID DAN PENTADBIRAN HARTA PUSAKA VISI Ke arah penyelesaian harta pusaka bersistematik, beretika dan diredai Allah. MISI Membantu masyarakat memahami perancangan dan pengurusan harta dalam Islam yang akan membawa kepada penyelesaian harta pusaka secara sistematik, beretika dan patuh hukum syarak. OBJEKTIF Melahirkan masyarakat yang memahami perancangan dan pengurusan harta dalam Islam yang dapat membantu masyarakat sekeliling menyelesaikan masalah pembahagian harta bertepatan dengan kehendak syarak. JENIS PROGRAM YANG DITAWARKAN 1.       CERAMAH (1-2 jam) – RM 300. 2.       SEMINAR (9pg-4ptg) – RM 1000. 3.       KURSUS ASAS/LANJUTAN (3 MODUL) (9pg-4ptg (2hari) – RM 1900.    1.       PROGRAM CERAMAH Antara perkara-perkara yang akan disampaikan adalah berkaitan: ·          Asas Hukum F...

DUA MATLAMAT ILMU FARAID

Image
Assalamualaikum, hari ini saya ingin kongsi berkaitan matlamat ilmu faraid. Menjadi tanda tanya, kenapa Islam sangat menitik beratkan berkaitan pembahagian secara faraid. Lihat ayat 11,12 dan 76 surah al-Nisa, betapa teperincinya Allah SWT menetapkan pembahagian harta melalui faraid. Apa matlamatnya? Matlamat ilmu faraid tidak lain dan tidak bukan adalah untuk menyelamatkan umat Islam daripada perbalahan ahli keluarga akibat kekeliruan dan tidak tahu menyelesaikan pembahagian harta orang mati. Cuba bayangkan jika tiada peraturan pembahagian harta? Gambar-gambar diatas ini adalah akibat daripada ketidak patuhan kepada hukum faraid yang telah ditetapkan dalam Islam. Selain mengelakkan pertikaian sesama waris, ilmu faraid bermatlamatkan menyelamatkan umat Islam daripada memakan harta secara batil iaitu harta ahli keluarga terdiri dari ibu, bapa, suami, isteri, anak-anak, adik beradik yang berkemungkinan ada diantara mereka dari kumpulan anak-anak yatim. Begitu banyak ...

PENCERAIAN SECARA FASAKH

Image
Apa itu Fasakh? Fasakh ialah melepaskan ikatan perkahwinan antara suami dan isteri setelah diminta cerai oleh isteri melalui pengadil (hakim). Fasakh hanya boleh dilakukan  oleh pihak yang berkuasa sahaja seperti hakim dan kadi apabila terdapat sebab tertentu seperti kehilangan suami tanpa diketahui keadaannya sama ada hidup atau mati ataupun salah seorang daripada suami atau isteri murtad dan sebagainya. Fasakh juga disebut sebagai pembubaran perkahwinan oleh Mahkamah. Apa beza Fasakh dengan Talak? Fasakh dengan talak adalah berbeza, fasakh ialah pembatalan akad daripada asas dan menghilangkan sifat halal yang menjadi kesan ke atasnya, manakala talak pula ialah menamatkan akad dan sifat halal masih kekal kecuali setelah talak ba’in (talak tiga). Fasakh berlaku sama ada dengan sebab hal-hal mendatang ke atas akad yang menafikan perkahwinan atau hal-hal yang berhubung kepada akad yang menyebabkan ia tidak lazim dari hukum asal, manakala talak pula ialah talak tid...

APA ITU MUNASAKHAT?

Image
Apa maksud al-Munasakhat? Munasakhat menurut istilah ulama faraid ialah meninggalnya sebahagian ahli waris sebelum pembahagian harta waris sehingga bahagiannya berpindah kepada ahli warisnya yang lain. Tak Faham? Mudahnya begini, Si A mati meninggalkan B,C,D,E. Akibat menangguh-nangguhkan agihan Faraid, B pula meninggal sebelum agihan faraid harta A diselesaikan. Maka harta si A akan pergi juga kepada waris B iaitu F,G,H,I. Demikian pula sekiranya menangguhkan lagi pemberian, ada pula ahli waris yang mati. Maka harta akan pergi lebih jauh berlapis. Ya belapis. Itulah kata kuncinya. Kematian berlapis. Boleh jadi juga disebabkan kematian serentak akibat dari kemalangan. Masalah ke? Ya, takut-takut ada waris yang terkurang/terlebih bahagian atau bukan waris termakan bahagian yang bukan haknya kerana kekeliruan. Bila keliru adalah yang nak bertumbuk bertikam. Minta jauh. Proses pentadbiran harta atau permohonan tuntutan harta juga akan mengambil masa yang lebih lama dari ...

Rawatan Sonotron di Ipoh

Image
Terapi Sonotron Terapi  Sonotron  ialah rawatan tercanggih di mana ianya bebas daripada sebarang pembedahan kerana ianya dikendalikan secara luaran oleh pakar terapi. Ia memberikan kesan serta-merta kepada pesakit tanpa menggunakan dadah dan tiada kesan sampingan. Rawatan ini menggunakan teknologi daripada Amerika Syarikat untuk mengeluarkan pancaran discaj yang berfrekuensi rendah, hanya 0.43Mhz (kalau nak tahu, kebanyakan telefon mudah alih berfrekuensi tinggi iaitu sebanyak 900 Mhz). Jadi, boleh beza kan? Kaedah rawatan unik ini terbukti secara berkesan dan ianya selamat ke atas pesakit. Bagaimana Terapi Sonotron dikendalikan Terapi ini akan bertindak pantas dengan menyingkirkan  radikal bebas  yang berlebihan yang terdapat dalam sel yang bermasalah sekaligus menghilangkan kesakitan dan simptom lain yang berkaitan. Setelah radikal bebas ni ditukarkan kepada oksigen dan air, sel yang sakit tadi berupaya untuk sembuh dengan serta merta seca...

DINAR VS KAMBING

Image
KOS HAJI DAN KEPINGAN DINAR YANG DIPERLUKAN:- Tahun 2002:- 1 Dinar = RM140 Kos Haji = 65 keping(ikut jadual) X RM140 Jumlah = RM9100.00 Dinar yang diperlukan adalah 65 keping. Tahun 2009:- 1 Dinar = RM502 Kos Haji = 18 keping (ikut jadual) X RM 502 Jumlah = RM9036.00 Dinar yang diperlukan adalah 18 keping. Kos Haji pada tahun 2002 hingga 2009 hampir sama tetapi jumlah Dinar yang diperlukan berkurangan! CARA PENGIRAAN:- Pada tahun 2002 anda mempunyai 65 keping dan anda simpan hingga tahun 2009 Kos Haji pada tahun 2009 = RM9036.00 Jumlah keuntungan anda pada tahun 2009:- RM32,669.00(nilai Dinar pada tahun 2009) - RM9036.00 (kos haji 2009) = RM23633.00 Jumlah baki kepingan Dinar anda pada tahun 2009 :- RM23,633.00 /RM504 = 47 keping. KESIMPULAN:- Kos untuk mengerjakan Haji hampir sama setiap tahun tetapi jumlah Dinar yang diperlukan menurun. Ini kerana harga emas setiap tahun mempunyai peningkatan sebanyak:- 33.3-39% p.a Maksudnya,anda mungkin perl...