KAITAN FARAID DAN HARTA SEPENCARIAN



BAHAGIAN ISTERI-ISTERI SAMARATA DALAM PEMBAHAGIAN PUSAKA?

Ada orang mengajukan soalan..apakah benar bahagian isteri 1/4 (jika simati tiada anak) dan 1/8 (jika simati ada anak) dalam pusaka? Jika benar...Apakah tetap sama bahagiannya jika si mati berkahwin lebih daripada seorang?
.
.
.
Ya...Tetap sama dan bahagian 1/4 @ 1/8 tersebut dikongsi secara samarata oleh isteri-isteri.
.
.
.
Tapi bagaimana kalau isteri pertama itu telah berkahwin lebih daripada 20 tahun. Manakala isteri kedua baru sahaja menikah tidak sampai setahun? Adakah tetap sama?
.
.
.
Ya.. tetap sama.....
.
.
.
Tetapi kasihanlah isteri pertama..dia dah kahwin lama...dia sepatutnya dapat banyak.........ke macam mana?
.
.
.
Begini.....
Dalam perundangan Islam di Malaysia, Isteri boleh menuntut harta sepencarian..
.
.
.
Apa maksud harta sepencarian?
.
.
.
Secara ringkasnya, pasangan boleh menuntut di Mahkamah Syariah ;-
1. Apa-apa aset yang diperolehi oleh pasangan dalam masa perkahwinan dengan usaha bersama mereka.
2. Apa-apa aset yang diperolehi dalam masa perkahwinan dengan usaha tunggal satu pihak kepada perkahwinan.
Maksudnya pasangan boleh menuntut kadar harta sepencarian terhadap pasangan masing-masing sama ada semasa tuntutan penceraian atau selepas penceraian.
.
.
.
Tapi suami saya dah meninggal dunia.....
.
.
.
Ok. Walaupun dalam enakmen 122 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (EUUKI) tidak menyatakan secara khusus berkenaan tuntutan harta sepencarian selepas mati, namun perkara ini disebutkan dalam Arahan amalan no. 5 tahun 2003, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia yang menyebutkan.....
"Tuntutan harta sepencarian dibolehkan samada semasa tuntutan perceraian atau selepas perceraian ataupun selepas kematian mana-mana pihak"..
Mahkamah akan mengambil kira beberapa perkara dalam menentukan kadar harta sepencarian antaranya ialah takat sumbang pasangan.
.
.
.
Bagaimana jika pasangan suri rumah? harta semua suami yang punya? dapat juga ke?
.
.
.
Ya..Tetap dapat kerana takat sumbang dikira juga kepada peranan pasangan dalam memastikan kebajikan keluarga dengan memelihara rumahtangga atau menjaga keluarga.
so, bukan semata-mata wang.
Jadi, tuntutan harta sepencarian inilah yang membezakan harta yang akan diperolehi antara isteri yang dah berkahwin lebih daripada 20 tahun dan isteri kedua yang menikah tidak sampai setahun.
Pusaka tetap sama bahagian.


Jangan gaduh-gaduh.

Comments

Popular posts from this blog

Rawatan Sonotron di Ipoh

APA ITU MUNASAKHAT?

SEMINAR FARAID @ HARTA PUSAKA ISLAM